Wednesday 15 February 2017

OH! Sakitnya Senggugut, Sakit Belakang Ketika Haid

 
TIPS HADAPI SENGGUGUT, SAKIT BELAKANG KETIKA HAID. OH!! SAKITNYA

Segolongan wanita pasti ada mengalami senggugut. Aktiviti seharian pasti akan terganggu sekiranya mengalami senggugut.

Bukan wanita dewasa sahaja yang mengalami senggugut tetapi juga remaja yang sudah akil baligh.

Sebabnya tidak diketahui sama ada daripada keturunan atau secara saintifik.

APAKAH ITU SENGGUGUT

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Pelvis adalah tempat dimana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur) dan saluran falopio dan pundi kencing.

 Senggugut di dalam bahasa Inggeris dipanggil "DYSMENORRHEA".

Ada juga yang mengalami sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.


JENIS SENGGUGUT 

Senggugut Primer

Ini berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. ia biasanya berlaku di kalangan wanita yang masih subur.

Senggugut Sekunder

Ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.



SEBAB SENGGUGUT SEKUNDER

A. Penyakit endometriosis
Ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.

B. Cyst Ovari dan Tumor

C. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku  semasa kedatangan haid yang banyak.

D. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis).

E. Kongenital 

F. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD)

Epidemiologi
Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam  10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.

ia adalah lebih kerap berlaku kepada orang yang merokok, akil baligh lebih awal dan mempunyai haid yang banyak.


BERJUMPA DOKTOR

Sekiranya sakit senggugut berpanjangan bermula beberapa hari sebelum haid dan bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Sekiranya mempunyai ciri ciri di atas dan juga :-

  • Haid yang tidak tetap
  • Kesakitan antara haid
  • Pendarahan yang bertambah banyak
  •  Lelehan dari faraj
  • Kesakitan ketika melakukan seks
  • Sakit kepala, pening, letih dan sakit belakang
  • Loya, muntah dan cirit birit

PERLU RAWATAN 

Wanita yang mengalami senggugut kuat akan di beri perskripsi ubat bergantung dengan kes yang dialami contoh nya ubat pengurang radang, ubat tahan sakit, pil perancang, penggunaan haba. 

TIPS HADAPI SENGGUGUT DAN SAKIT BELAKANG KETIKA HAID

Selain mengambil ubat ubatan yang disarankan doktor. Suplemen juga baik diamalkan sekiranya wanita tahu dia mempunyai ciri ciri seperti di atas.



VITAMIN CANTIK  A.K.A GLA COMPLEX yang boleh mengawal atur kitaran haid, meningkatkan kesuburan untuk hamil bagi wanita, melegakan PMS, melegakan simptom Rhematoid Arthritis.
Kandungan Vitamin E yang boleh membantu mencantikkan kulit dan kandungan Omega 6 dalam Gamma Linolik Acid nya membantu pembentukan prostaglandin mengawalatur proses badan dengan normal.


Vitamin B yang terkandung dalam B-Complex boleh mengurangkan stress dan tekanan semasa kedatangan haid.


Ostematrix yang mengandungi kalsium, magnesium dan juga vitamin D3 boleh mengurangkan sakit belakang yang dialami ketika haid. Pengambilan Kalsium dan magnesium boleh mengelakkan pengecutan rahim yang keterlaluan ketika haid.



UNTUK TEMPAHAN/KONSULTASI

SILA WHATSAPP/ SMS

PN.AMALINA

0168942577

INSTAGRAM : amalina_maple88

POSTAJ SELURUH MALAYSIA & BRUNEI














No comments:

Post a Comment