Saturday 1 April 2017

Kencing Manis Semasa Hamil

MEI 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 32: ZETI HAFIZA ZAKARIA
.

[ KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG ATAU GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM) ]
 
Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangkan kami sangat mengidamkan anak perempuan selepas dua orang anak lelaki. Seperti kehamilan sebelum ini, saya mengalami morning sickness yang agak teruk selama 15 minggu sehingga menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 6kg akibat tidak selera makan dan muntah-muntah.
.

Masuk trimester kedua, selera makan kembali pulih sebaik sahaja alahan berakhir. Pada waktu ini, saya sangat berselera makan terutamanya masakan nasi. Bayangkan, sehari saya makan sehingga 3 kali hidangan berasaskan nasi untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Memandangkan berat badan tidak naik mendadak, sedikit pun saya tidak menyangka tabiat ini adalah tidak sihat sama sekali walaupun sedang mengandung. Hamil bukan alasan untuk makan tanpa kawalan.
.

Pemeriksaan antenatal mendapati kandungan gula dalam darah semasa saringan awal adalah melebihi paras normal. Saya juga melalui ujian 'minum air gula' atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) yang digeruni ibu-ibu hamil. Keputusannya, saya disahkan diabetes semasa mengandung atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Sejak itu, saya perlu hadir ke Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan pemantauan paras glukosa setiap selang sehari.
.

Saya juga dirujuk kepada Pegawai Zat Makanan untuk khidmat nasihat mengenai kawalan pemakanan bagi ibu mengandung yang mengalami GDM. Saya sedikit gusar dengan cadangan beliau yang menghadkan hanya sekali pengambilan nasi atau karbohidrat seperti roti dalam menu harian. Sudahlah saya memang ada masalah gastrik, bagaimana saya nak berdiet jika asyik lapar dan pedih perut nanti?
.

Saya kemudiannya membuat temujanji dengan Pegawai Nutrisi  (Nutritionist) di ibu pejabat Shaklee Malaysia. Beliau memberi konsultasi bagaimana produk Shaklee boleh membantu masalah GDM yang saya hadapi. Di situ saya dapati, ESP Soy Isolate Protein Powder adalah kunci kepada kawalan masalah GDM di samping set mengandung Shaklee yang sedang saya ambil.
.

Hanya selepas beberapa hari mengambil ESP mengikut cara yang dicadangkan nutritionist, saya mula rasa kurang keinginan yang berlebihan kepada makanan manis dan nasi. Pemeriksaan darah rutin juga mendapati paras gula telah kembali normal. Keadaan ini berterusan sehingga saya selamat bersalin.
.

Alhamdulillah.. Ain Nashwa lahir tanpa sebarang komplikasi, dan digelar juga 'bayi ESP' oleh rakan-rakan dek kerana kulitnya yang cantik dan putih gebu kemerahan semasa kecil.
.

Saya sarankan ibu yang mengalami GDM patut mengamalkan ESP dengan konsultasi yang betul untuk membantu mengawal paras gula seperti saya.


UNTUK KONSULTASI LEBIH LANJUT
SILA WHATSAPP SAYA 0168942577
www.wasap.my/60168942577/PMESP
FB: NOOR AMALINA AZHAR


Friday 31 March 2017

Buah Pinggang Bocor

TESTIMONI 026 : MUHAMMAD ROSDI & HARTINI BADRI

Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

.

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.

Muhamad Rosdi Ismail


UNTUK KONSULTASI LEBIH LANJUT
SILA WHATSAPP SAYA
AMALINA 0168942577
FB: NOOR AMALINA AZHAR


Usaha Menyembuhkan Batu Karang



OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 10: AKMAL MUSTAFA
.

[SAKIT BATU KARANG SEMBUH SELEPAS AMALKAN VIVIX]
.

Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Akmal Mustafa dan berumur 28 tahun. Saya seorang suri rumah, mempunyai 3 orang anak dan kini menetap di Terengganu. Saya pernah mengalami masalah sakit kencing sejak dari bangku sekolah. Seingat saya ketika saya di tingkatan tiga.
.

Penyakit tersebut berlarutan untuk jangka masa yang agak lama. Hinggalah apabila saya berkahwin pada tahun 2008. Kesakitan yang saya alami semakin teruk. Saya mula tahu saya menghidap batu karang apabila terjadi insiden selepas saya mengurut perut dengan bidan, pada hari yang sama saya merasa sakit yang terlampau dahsyat.
.

Seperti ada sesuatu yang tajam seolah menghiris bahagian peranakan seta saluran kencing saya hingga menyebabkan saya menggelupur kesakitan. Bahkan saya tak mampu untuk berjalan kerana terlampau sakit. Suami saya terpaksa menggendong saya ke hospital kerana keadaan saya yang tak mampu untuk berjalan.
.

Bermula dari situ doktor melakukan scan dan test urine dan dapat detect saya mengalami batu karang. Ini berlarutan sehingga saya merasa sakit dalam saluran kencing, sakit ketika bersama suami, rahim bengkak dan jangkitan kuman. Saya mengalami perkara ini sejak berumur 15tahun. Selain ubat hospital saya ada berikhtiar dengan ubatan kampung. Minum rebusan akar kayu dan ubat homeopathy.
.

Tapi kesannya saya mengalami pening yang melampau serta saya juga terpaksa berjumpa pakar ENT kerana ubat yang saya makan menyebabkan dalaman saya kepanasan hingga memberi effect telinga saya sakit dan berdengung.
.

Doktor sarankan saya berhenti dan mencadangkan saya supaya makan ubatan yang telah ditetapkan dos pengambilan yang betul. Akhirnya saya stop dan selepas itu hanya menggunakan suplemen Shaklee. Saya berikhtiar dengan produk Shaklee selepas hasil pencarian di internet.
.

Pada mulanya saya hanya mengambil Alfalfa Complex dan Garlic sebagai langkah untuk mencegah kencing kotor. Alhamdulilah sekitar 1 minggu konsisten saya dapat kesan positif. Sakit bertahun yang saya alami dan bergantung dengan pil killer untuk tahan kesakitan hilang! Lepas tu saya mula ambil tambahan vitamin lain seperti Ostematrix dan Vita-C. Then saya buat pemeriksaan doktor untuk kepastian, sakit kencing saya hilang, kencing kotor pun pulih, rahim dah tak bengkak. Tapi batu karang masih ada.
.

Kemudian saya mula membeli tambahan vitamin sebab saya nk kesan yang extra. Saya nak hilangkan terus batu karang. Saya mula minum Vivix. Alhamdulilah. Bersyukur sgt asbab sebotol Vivix yang saya minum, hasil pemeriksaan doktor batu karang saya hilang!  Doktor pun terkejut dan tanya apa yang saya amalkan. Saya bawa botol Vivix dan tunjuk pada doktor. Doktor nasihatkan saya untuk terus amalkan pengambilan nutrisi yg sihat untuk mencegah batu karang dari terbentuk kembali. Saya mula beli Vivix selepas daftar sebagai ahli Shaklee.
.

Saya tahu tentang Vivix hasil dari research dan produk study serta mencari testimoni pengguna Vivix. Saya mengambil sesudu kecil sekali sehari. Saya juga turun mengambil suplemen Shaklee lain seperti Garlic, Alfalfa, Garlic, Vita-C dan Ostematrix. Antara hyling crysis yang saya alami ialah letih dan mengantuk, kencing menjadi sangat kuning dan beransur bersih dari hari ke hari. Oleh kerana saya menyusukan anak, hari pertama dan kedua baby kurang menyusu, mungkin ada perubahan pada rasa. Tapi saya lebihkan minum air putih. Sesudu Vivix sehari saya bahagikan untuk pengambilan 3 hari supaya kandungannya dapat balance dgn tubuh saya.
.

Alhamdulilah dengan cara tu baby saya kembali menyusu macam biasa dan lepas tu saya minum sesudu kecil sekali sehari balik. Dua minggu selepas minum Vivix, perubahan ketara saya tak lagi rasa sakit dan tak selesa pada saluran kencing. Tubuh menjadi ringan dan bertenaga dan tak mudah letih. Susu badan juga semakin meriah.
.

Saya mengambil masa dua bulan makan pil dan vitamin dan 2 minggu untuk menghabiskan 1 botol Vivix. Hasil scan dan urine test kuman batu karang dan batu karang hilang. Saranan saya pada yang mengalami penyakit batu karang, cubalah berikhtiar dengan suplemen Shaklee terutamanya Vivix, kerana Vivix berfungsi membantu untuk merawat sistem dalaman tubuh badan kita.
.

Saya sangat bersyukur pada Allah asbab pengambilan ViVix dan beberapa vitamin lain batu karang saya sembuh. Saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee. Alhamdulilah dan syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaanNya saya sembuh dan dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan tenang. Terima kasih atas peluang ini.

#supermomshakleestory
#myvivixstory
#vivixse


UNTUK KONSULTASI LEBIH LANJUT
SILA WHATSAPP SAYA
AMALINA 0168942577
FB : NOOR AMALINA AZHAR


Kolesterol Tinggi dan Penawarnya

TESTIMONI 018 : PN. NOOR AZMIAH & EN. HUZAIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya Noor Azmiah Mohamad, isteri kepada Huzair Bahrin. Kali ini saya ingin kongsikan kisah bagaimana pertama kali saya dan suami jatuh cinta dengan produk Shaklee.

.

Orang kata kalau tak kenal tak cinta, tak cuba mana nak tahu kan. Sebelum saya betul2 jatuh cinta dengan produk shaklee saya pernah beli dan makan beberapa vitamin shaklee tapi mmg main2 shj...sehari makan...sehari tak...kadang2 seminggu xmakan...org kata mmg tak bersungguh langsung...sampai akhirnya produk expired dan dimakan tikus, tikus pun tahu pilih produk yg natural...lawak pun ada. Tapi, sampai satu hari...saya terdesak dan terpaksa mencari semula produk Shaklee ni...

.

Kisahnya bermula apabila suami saya, disahkan kadar kolesterol dalam darahnya terlalu tinggi dengan bacaan 13.0 (normal 5)....bacaan hati atau Alt pula 100+ (normal 41) yang mana pada tahap merbahaya dan risiko tinggi utk serangan jantung atau strok. Masa pemeriksaan di Klinik Kesihatan (KKM) mmg doktor juga terkejut dengan bacaan tersebut dan minta refer ke hospital. Tapi, suami minta utk tangguhkan sebulan sbb suami seboleh2 tak mahu bergantung pada ubat ubatan dr hospital. Masa tu mmg risau sgt...

.

Sebelum membuat pemeriksaan suami saya mmg hadapi sakit sakit badan, lesu dan kalau lihat raut wajah pun tak ceria. Saya memulakan misi google mencari produk Shaklee utk kolesterol...beli dan terus jadi ahli. Maka sejak dr hari pertama terima produk itu, dengan konsistan makan set kolesterol terdiri dr Omega, lecithin, garlic dan saya add on Alfalfa sekali makan berdua (walaupun saya xde buat pemeriksaan tapi pemakanan kami sudah tentu sama) jadi saya pun makan sama...

.

Genap 1 bulan suami ulang buat pemeriksaan darah semula mmg agak berdebar juga sbb takut kena telan ubat klinik setiap hari...But, Amazing! Its really works! Kolesterol dr bacaan 13 turun kepada 6.2, walaupun belum bawah tahap normal tapi separuh dr bacaan pertama....Alt atau liver function pula...turun kepada 43...hampir juga keparas normal...dan doktor sgt kagum dengan keputusan itu...gembira sgt bila doktor minta suami teruskan makan produk shaklee. Dan kami yakin dengan izin Allah, masalah ini dapat diatasi jika kami teruskan pemakanan sihat dan supplemen Shaklee.

.

Waktu suami saya buat pemeriksaan kedua saya tak turut serta. Disebabkan gembira...suami siap minta doktor tuliskan bacaan sebelum (pemeriksaan pertama) dan selepas (pemeriksaan kedua) untuk tunjuk pada saya. Keratan kertas tu saya sertakan dibawah.

.

Sejak hari itu kami mmg yakin produk Shaklee bukan sebarangan. Ia benar benar berkesan dan yang paling penting 100% semulajadi. Sehingga kehari ini kami berdua masih terus consistant mengamalkan supplemen Shaklee.  Alhamdulillah.


Jika Inginkan Konsultasi lebih lanjut
Sila whatsapp saya
Amalina 0168942577


Wednesday 15 February 2017

OH! Sakitnya Senggugut, Sakit Belakang Ketika Haid

 
TIPS HADAPI SENGGUGUT, SAKIT BELAKANG KETIKA HAID. OH!! SAKITNYA

Segolongan wanita pasti ada mengalami senggugut. Aktiviti seharian pasti akan terganggu sekiranya mengalami senggugut.

Bukan wanita dewasa sahaja yang mengalami senggugut tetapi juga remaja yang sudah akil baligh.

Sebabnya tidak diketahui sama ada daripada keturunan atau secara saintifik.

APAKAH ITU SENGGUGUT

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Pelvis adalah tempat dimana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur) dan saluran falopio dan pundi kencing.

 Senggugut di dalam bahasa Inggeris dipanggil "DYSMENORRHEA".

Ada juga yang mengalami sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.


JENIS SENGGUGUT 

Senggugut Primer

Ini berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. ia biasanya berlaku di kalangan wanita yang masih subur.

Senggugut Sekunder

Ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.



SEBAB SENGGUGUT SEKUNDER

A. Penyakit endometriosis
Ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.

B. Cyst Ovari dan Tumor

C. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku  semasa kedatangan haid yang banyak.

D. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis).

E. Kongenital 

F. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD)

Epidemiologi
Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam  10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.

ia adalah lebih kerap berlaku kepada orang yang merokok, akil baligh lebih awal dan mempunyai haid yang banyak.


BERJUMPA DOKTOR

Sekiranya sakit senggugut berpanjangan bermula beberapa hari sebelum haid dan bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Sekiranya mempunyai ciri ciri di atas dan juga :-

  • Haid yang tidak tetap
  • Kesakitan antara haid
  • Pendarahan yang bertambah banyak
  •  Lelehan dari faraj
  • Kesakitan ketika melakukan seks
  • Sakit kepala, pening, letih dan sakit belakang
  • Loya, muntah dan cirit birit

PERLU RAWATAN 

Wanita yang mengalami senggugut kuat akan di beri perskripsi ubat bergantung dengan kes yang dialami contoh nya ubat pengurang radang, ubat tahan sakit, pil perancang, penggunaan haba. 

TIPS HADAPI SENGGUGUT DAN SAKIT BELAKANG KETIKA HAID

Selain mengambil ubat ubatan yang disarankan doktor. Suplemen juga baik diamalkan sekiranya wanita tahu dia mempunyai ciri ciri seperti di atas.



VITAMIN CANTIK  A.K.A GLA COMPLEX yang boleh mengawal atur kitaran haid, meningkatkan kesuburan untuk hamil bagi wanita, melegakan PMS, melegakan simptom Rhematoid Arthritis.
Kandungan Vitamin E yang boleh membantu mencantikkan kulit dan kandungan Omega 6 dalam Gamma Linolik Acid nya membantu pembentukan prostaglandin mengawalatur proses badan dengan normal.


Vitamin B yang terkandung dalam B-Complex boleh mengurangkan stress dan tekanan semasa kedatangan haid.


Ostematrix yang mengandungi kalsium, magnesium dan juga vitamin D3 boleh mengurangkan sakit belakang yang dialami ketika haid. Pengambilan Kalsium dan magnesium boleh mengelakkan pengecutan rahim yang keterlaluan ketika haid.



UNTUK TEMPAHAN/KONSULTASI

SILA WHATSAPP/ SMS

PN.AMALINA

0168942577

INSTAGRAM : amalina_maple88

POSTAJ SELURUH MALAYSIA & BRUNEI














Monday 13 February 2017

Pemakanan Yang Baik Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan



Setiap pasangan berkahwin pasti tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

Ada juga yang sudah lama menanti untuk hamil, umur yang semakin meningkat juga adalah juga faktor untuk mereka tidak sabar untuk mempunyai cahaya mata.

Sebagai ibu mengandung atau bapa yang teruja pasti mereka telah mengambil langkah langkah seperti membuat pemeriksaan kesihatan di klinik dan mendapatkan nasihat dan saranan daripada doktor tentang pemakanan semasa mengandung.
Setiap kali pemeriksaan di klinik bakal ibu akan diberi beberapa jenis vitamin untuk dimakan semasa tempoh mengandung.

Ini adalah memastikan bahawa si ibu dan anak dalam kandungan mendapatkan nutrisi secukupnya.



Jenis Pemakanan untuk Ibu dan Bayi dalam Kandungan

Si Ibu harus mengambil diet yang seimbang dan sihat seperti biasa. Mengambil daging merah, ikan, sayur sayuran dan buah buahan.



Zat Besi

Makanan yang tinggi zat besi adalah salah satu makanan yang baik untuk ibu mengandung. Ia adalah seperti daging merah, kuning telur, sayuran berdaun gelap dan hijau, kacang kacangan, buah kering seperti plum dam kismis dan juga seperti gambar rajah di atas.



Vitamin B

Makanan yang mempunyai vitamin B seperti sayuran asparagus, bayam, sawi putih, brokoli, bok choy, daun saledri, buah epal, pisang, blueberi ,telur dan banyak lagi.



Vitamin C

Sumber vitamin C amat penting untuk si ibu untuk rintangan penyakit. Si ibu mengandung perlu memastikan diri nya sentiasa sihat tidak mudah sakit terutamanya sering selesema dan boleh mengelak dari sakit gigi dan gusi berdarah



Kalsium

Kacang almond, sardin, keju, yoghurt, brokoli, tofu, quinoa adalah contoh contoh pemakanan yang mengandungi kalsium.



Omega 3

Ikan Salmon, tuna, telur ayam dan itik, kacang kedelai, kacang hijau, sayur bayam, kangkung, susu kambing, buah betik, labu, minyak kanola dan minyak ikan kod adalah sumber yang mengandungi omega 3.

Tetapi kita tahu pemakanan seharian kita selalunya tidak dapat mengikuti pola piramid makanan.

Kini, kita terdedah dengan makanan yang diproses, makanan ringan, jajan yang sudah hilang zat dan nutrisinya.

Ada juga vitamin yang melambak di pasaran tetapi kita tidak tahu sejauh mana keberkesanannya. Malahan tumbuh bagaikan cendawan sehingga kita tidak tahu ianya sintetik atau dari bahan semulajadi atau tidak.

Tetapi seperti saya. Saya percaya dengan vitamin dan suplemen keluaran Shaklee. Shaklee telah menapak bertahun lamanya di pasaran dan tidak pernah tenggelam timbul.

Shaklee ada keluaran vitamin yang menggunakan bahan semulajadi, bukan sintetik yang selamat untuk dimakan.



Set Kehamilan Shaklee

Set Kehamilan Shaklee terdiri daripada (6) iaitu Vitalea, B Complex, Ostematrix, ESP, Vitamin C dan Omega Guard



VITALEA SUMBER ZAT BESI

Multivitamin yang wajib ada untuk ibu mengandung baik khususnya kepada yang mempunyai Hb rendah. Ia boleh menambah darah kepada si ibu dan bayi.



B-COMPLEX

B Complex mengandungi asid folik yang baik untuk pembinaan saraf tunjang bayi dan mengandungi kolin yang membantu penyerapan asid folik.



OSTEMATRIX

Ostematrix mengandungi sumber kalsium dan magnesium yang boleh membantu ibi mengandung dari kekejangan otot, sakit pinggang, sakit belakang dan juga osteoporosis.
Tambahan ostematrix baik untuk si ibu yang alah kepada susu atau memang tidak mahi minum susu.



ENERGIZING SOY PROTEIN

Esp ini adalah seperti susu tetapi diperbuat dari soya yang mempunyai protein yang tinggi boleh membantu si ibu kenyang lebih lama, mengelakkan gastrik, mencantikkan kulit si ibu dan bayi.
Ia juga mengandungi lysine yang boleh membantu dalam penyerapan kalsium.
Tambahan, protein esp ini seperti 1 gelas esp seperti mengambil 12 gelas susu biasa.



VITAMIN C

Vitamin C Shaklee yang bertindak as sustained release ini dilepaskan secara perlahan lahan di dalam badan dan tidak terbuang terus supaya badan dapat menyerap vitamin c secara baik.

Ibu mengandung tidak mudah jatuh sakit dan memberi juga khasiat kecantikan berseri semulajadi kepada si ibu dan anak.



OMEGA GUARD

Omega ini diperkaya dengan Omega 3, DHA dan EPA yang sememang nya baik untuk perkembangan otak bayi dan juga peredaran darah supaya darah dapat disalurkan kepada bayi secara lancar.

Pilihan adalah ditangan anda sendiri. Jika kita mampu untuk membeli pakaian dan kereta yang mahal, makan di tempat yang mewah.Apa kata kita laburkan sedikit wang untuk kesihatan diri sendiri.

Untuk konsultasi lebih lanjut anda boleh whatsapp saya.

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

1138608

Amalina

Whtsapp :0168942577

Instagram: amalina_maple88


Thursday 9 February 2017

Haid Tidak Teratur











Cara-Cara untuk Mengatur Haid

Setiap perempuan mengalami haid apabila sudah akil baligh.


Terdapat beberapa sebab mengapa haid tidak teratur :-
1. Stress
Perempuan sekiranya ada masalah atau stress. Haid mungkin akan terhenti disebabkan stress.
2. Berat badan
Kenaikan dan penurunan berat badan juga mempengaruhi haid.
3. Pengambilan pil perancang
Suntikan dan juga pil perancang boleh menyekat daripada darah haid dari keluar.
4. Menyusukan Anak
Ibu menyusukan juga kerap mengalami kitaran haid tidak normal.
5. Masalah Hormon
Sekiranya seorang perempuan itu mengalami masalah hormon. Jadi harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan konsultasi terbaik.

Sekiranya anda ingin mendapatkan supplemen untuk mengatur kitaran haid
VIVIX, Gla Complex dan Omega Guard dapat membantu.

Untuk konsultasi dan pembelian whatsapp saya  Amalina 0168942577